Saturday, November 26, 2011

Hari yang menakutkan

Selalunya aku tak pernah takut dengan kegelapan atau apa-apa sahaja hingga agak bersikap takbur tapi beberapa hari yang lepas aku menerima balasan atas ketakburan aku,segalanya bermula apabila aku sedang berseorangan,tiba-tiba aku terbau pisang goreng yang sangat harum,tapi waktu ketika itu adalah pukul 10 malam dan ini membuat bulu roma aku meremang,tapi bukan itu sahaja keesokan harinya aku terbau pula ikan goreng,dan yang paling menakutkan ketika aku sedang memanaskan kuah soto,lalu aku naik ke atas sebentar,dan bila aku turun semula ke bawah api dapur gas tertutup dengan sendiri,.Lalu aku berlari mendapatkan mama

Menurut mama,kat belakang rumah kami tu dulu perkampungan mahluk halus dan bunian .Bila pak uda aku terangkan kawasan itu,mereka semua berpindah dan tidak diketahui lokasinya ..Aduhai,kali ini aku lebih berhati-hati dan tidak lagi takbur

No comments: