Thursday, January 26, 2012

the spirit that tie us together

hari nie aku rasa sangat seronok sekali,ia bukan hari yang biasa tp hari yang luar biasa,its hang out day with mimi,haha me sangat2 happy malah ia lebih dari segala yang aku ada dalam hidup aku selama ini.Tapi ia takn bermula tanpa gurauan kak manja yg cakap aq pengkid...huish lu gila ke? aq dengan mimi bff, bukan songsang ok.kami berkawan sejak 15 tahun lepas dan ianya adalah moment terindah mengenalinya,seperti yang aku telah coretkan di blog fwenz forever,dia adalah teman dunia akhirat ku dan digimon menemukan kami...kalau fans sejati digimon inginkn ia wujud begitu juga aku tapi atas sebab yang berlainan..semangat inilah yang telah menyatukan kami dulu,kini selamanya

Saturday, December 3, 2011

missing a friend

Hijrah membawa kesedaran yang aku tak pernah rasakan,mungkin aku baru kini realize,yang aku banyak hilang kawan dan teman yang sentiasa ada buat aku,Terasa berdosanya aku,bila aku ingat yang setiap kerenah aku dia layan dengan sabar,aku akui yang sikap panas baran aku buat kami terpisah...Maaf andai aku tak sempurna menjadi sahabatmu,aku sayang dia as friends dan adik.Khairin Diyana she's a pearl

Saturday, November 26, 2011

Hari yang menakutkan

Selalunya aku tak pernah takut dengan kegelapan atau apa-apa sahaja hingga agak bersikap takbur tapi beberapa hari yang lepas aku menerima balasan atas ketakburan aku,segalanya bermula apabila aku sedang berseorangan,tiba-tiba aku terbau pisang goreng yang sangat harum,tapi waktu ketika itu adalah pukul 10 malam dan ini membuat bulu roma aku meremang,tapi bukan itu sahaja keesokan harinya aku terbau pula ikan goreng,dan yang paling menakutkan ketika aku sedang memanaskan kuah soto,lalu aku naik ke atas sebentar,dan bila aku turun semula ke bawah api dapur gas tertutup dengan sendiri,.Lalu aku berlari mendapatkan mama

Menurut mama,kat belakang rumah kami tu dulu perkampungan mahluk halus dan bunian .Bila pak uda aku terangkan kawasan itu,mereka semua berpindah dan tidak diketahui lokasinya ..Aduhai,kali ini aku lebih berhati-hati dan tidak lagi takbur

Friday, November 18, 2011

kemaafan

Minggu nie aku banyak berfikir mengenai kemaafan,sebenarnya dalam kehidupan ini aku dan sesiapa aje perlu belajar memaafkan orang di sekeliling ku,macam kata amir or sape aku pun tak pasti dalam NE,setiap yang bersalah berhak diberi peluang ke 2,aku sangat-bersetuju dengan kenyataan ini,mungkin dah masanya aku lepaskan segalanya dan menikmati hidup ku.Bila itu berlaku,cahaya kegembiraan sentiasa bersamaku,aku ada family yang baik,kawan yang sporting,apa lagi yang aku nak

Monday, November 7, 2011

hurmmm

     Bila aku jumpa Mimi hati aku gembira bagaikan ada letupan yang kuat di hatiku,masa tu aku sangat-sangat luhur.tapi kemudian aku rasakan hati aku mulai dikotori dengan dendam,perasaan ingin memusnahkan sesuatu,aku jadi Sora yang tak sepatutnya,ini semua kerana cinta pada seorang lelaki aku jadi Sora yang aku sendiri tak kenal..kemana perginya Sora yang bersama Mimi itu , itu bukan aku.bukan tu sahaja,aku turut pengaruhi Mimi untuk menjadi sesuatu yang dia tak kenal,tapi akhirnya aku sedar..sedar dengan permusuhan yang tak pernah bawa erti dan tak pernah bawa kedamaian..kerana itu aku tarik diri dari segalanya..kerosakan hp juga bawa rahmat kat aku..tanpa akses ke moko aku jadi diriku semula..alhamdulilah aku kembali jumpa jati diriku.dan ianya lebih bermakna bila Rika juga kukenali. Aku ada Mimi,ada Hikari dan ada Rika..semuanya kerana aku kembali jadi Sora yang tulus,aku adalah Sora yang friendly kannnn ,Sora Elena adalah initial aku dan diri aku,diri aku yang sebenarnya..Aku just nak bersama orang-orang yang sayangkan aku sebab diri aku bukan sebab aku leader group...aku tak nak orang tau aku sebagai sue tc tp sebagai sue ‘Sora’...biarkan TC wujud dengan peranan asalnya bukan untuk fight..Sekarang hidup aku lebih bermakna bila ada 2 bff bersamaku..erin’Mimi’ dan zuera ‘Rika’.Alhamdulilah segalanya kembali teratur.Aku sayang family,kawan-kawan dan juga bff aku...Sora will always be Sora..No more leader,no more war..biarkan memori EWZ yang bermusuh dengan eXs itu hilang dari ingatan aku,Aku juga dah maafkan Am sebab aku fikir kalau tak sebab Am pun kami tak akan kekal lama....Aku dan dia jauh berbeza sangat berbeza..Mungkin bukan takdir kami bersama,dan aku terima takdir aku,kehadiran Rika dan Mimi telah berikan half hati aku yang hilang.Sora dah lengkap semula takdir kami bertemu kerna Allah,dan twitter adalah medium pertemuan kami,begitu juga nora elena.Sora Elena..n Rika Elena.Tak lupa juga Mimi Elena^_^ Seriously kadang-kadang aku rasa ‘little’ Sora lebih wise dari Sora yang sekarang,’little’ Sora sangat tulus,sangat baik.Tak macam aku kan.Rindu kat ‘little’ Sora

Demam Nora Elena

Aduh..aduh,bila aku first time tgk NE aku x pulak rasa mcm nie but when the time pass i felt like something so fury so hot and berkepul2 kepul awan nano kt atas kepala aku nie...damn it
Nora Elena episode 1
                               
                                                                                1

        “Hai budak-budak lain yang habis PMR kita pulak yang kena jadi facilitator untuk tamrin kali nie”Sue menggeleng,Ayu dan Zuera tersenyum
“Aduhai tak kan la pengerusi kelab Tsubasa dah pening kot”
“Rizal,kalau kau tak menyibuk tak boleh ke? Kau pun terlibat dengan tamrin kan..jangan nak curi tulang ok” Ayu mengingatkan
Rizal tersengih mereka berdua merupakan ahli komuniti Kelab Tsubasa di mana Sue adalah pengerusinya,walaupun kelab Tsubasa bukan sebahagian dari persatuan sekolah tapi mereka sangat komited untuk membantu rakan-rakan dan guru yang memerlukan pertolongan,Dengan motonya Tsubasa membantu yang memerlukan mereka  terus tekun,malah kelab Tsubasa melebihi populariti Pembimbing Rakan Sebaya
“Ok geng apa yang kita nak buat untuk pengisian tamrin nie ?”Zuera bertanya
“Hurmm,since tamrin nie acara tahunan lepas PMR,jadi kena ada elemen ilmu,pengisian kerohanian dan maklumat sebagai persediaan ke tingkatan  4.Ok Rizal kumpulkan maklumat berkaitan ilmu,Zuera pula pengisian kerohanian memandangkan dia terer  bab hadis,doa dan al-quran.Me dengan Ayu kami cover aliran tingkatan  4,so ada apa-apa bantahan?”Sue bertanya
“Bisa diatur boss” Rizal memberi  tabik hormat,Zuera membaling buku log namun sempat dielak.Serentak itu seorang pengawas muncul
“Kak Sue,cikgu panggil kak Sue dan Rizal ke pejabat sekarang”Bainun memberitahu
“Ok kejap lagi kami datang,give us 5 minutes” Sue tersenyum lalu menyiku Rizal
“Ala kena pergi jugak ke?”Rizal memuncung
“Dah jangan nak mengada-ngada,jom ikut kak Sue cepat” dan mereka berdua terus beriringan ke pejabat pengetua,dan sebaik Rizal memasuki pejabat itu  dia terpandang seorang gadis manis,pada pengamatan Rizal, gadis itu merupakan pelajar baru di sekolah mereka.
“Oi,apa aje la yang di tengok  tu”
Namun tiada balasan,sebaik Rizal terpandang wajah gadis itu dia rasakan dunia di sekelilingnya berhenti dan tiada siapa di situ melainkan dia dan gadis manis itu. Sue terus menyiku Rizal
“ Yang kak  Sue ni kenapa? Rizal sedikit marah
“Kamu nie dari tadi kak Sue panggil langsung  tak dengar..haaa gadis tu menawan hati kamu ke?” Sue tersenyum
“Ish ,kak Sue nie main serkap  jarang jew la,bukan apa la kak,saya tertanya budak tu pelajar baru ke?”
“Nampaknya macam tu la,apa-apa hal mari kita pergi jumpa pengetua dulu”
Setelah mereka selesai berjumpa pengetua,Sue dan Rizal berpisah.Ketika Rizal sedang berjalan-jalan tiba-tiba dia ditegur seseorang,hampir terkejut Rizal dibuatnya
“Assalamualaikum,boleh tumpang tanya tak abang?”
“Waalaikumsalam,boleh saja tanyalah.”Rizal tersenyum dan pabila si gadis mendongak ,Rizal terkejut.Ternyata gadis itulah yang ditemui ketika di pejabat pengetua tadi
“Di mana saya boleh mencari pengerusi  kelab Tsubasa,saya diberitahu  kelab ni yang menguruskan tamrin PMR tahun ini”
“Kalau nak cari Kak Sue,dia ada di bilik kelab,kalau macam tu biar saya tunjukan arah ke bilik kelab kami” Rizal mempelawa
“Maksudnya awak juga ahli kelab Tsubasa nie?”
“Saya Rizal,ahli komuniti kelab Tsubasa,dan awak pula?”
“Nora Elena Nordin,panggil aje Elena”Elena menghulur salam persahabatan.
Keduanya berjalan beriringan sambil Rizal menerangkan serba sedikit tentang kelab Tsubasa dan tamrin PMR yang sedang berlangsung,di kejauhan ada mata yang sedang merenung Elena dengan penuh rasa minat
  






2

Keesokan paginya Elena telah tiba di sekolah agak awal dari kebiasaanya,suasana di dewan informasi masih lengang kerana hanya terdapat 2 orang pelajar di situ termasuk dirinya,dia yang masih belum mempunyai teman selain Rizal dan ahli kelab Tsubasa duduk di sudut hujung dewan informasi.Dia merenung kejauhan,sambil memikirkan nasib dirinya yang berubah tiba-tiba.Agak lama dia mengelamun sehingga bahunya ditepuk oleh seseorang
“Apa yang dimenungkan tu,ingat teman lelaki ke?” satu suara menyapa,Elena menoleh terlihat seorang gadis lengkap berpakaian uniform pandu puteri tersenyum
“Tak ada lah,cuma teringat kawan lama. Kenapa pakai uniform ni,bukan ke ini waktu sekolah?” Gadis di depanya tergelak,sedarlah gadis itu yang Elena pelajar baru di sekolah itu
“Hari ini Rabu my  friend,dan menjadi kewajipan student disekolah ini memakai baju beruniform pada hari ini,lupa pula nak kenalkan diri, aku Asmina dan kau pula?”
“Nora Elena,tapi panggil Elena je,jadi ni macam peraturan la kat sekolah ni?” Elena bertanya
“Ini bukan peraturan tapi ini adalah salah satu dari budaya di sekolah ini,Sekolah Menengah Pekan Baru.Sebenarnya ada banyak lagi dan kau boleh tengok budaya tu tertulis kat papan kenyataan”Asmina menujukan papan kenyataan di hujung sana berdekatan pentas utama
“Tapi ada sesuatu yang aku pelik,macam mana pula pelajar di sekolah ini tahu masa rehat sedangkan aku tak dengar langsung bunyi loceng.Itu pun budaya juga ke?” Asmina tergelak sambil mengangguk
“A’ah betul la tu,loceng tak pernah digunakan di sekolah ini kecuali kes kebakaran aje.Kerana sekolah ini mengamalkan sistem sekolah tanpa loceng.Alamak hari nie spotcheck la.aduh aku lupa la pulak skarf letak kat mana.Habis la pasti kene fire Kak Ayu kejap lagi ”
“Kak Ayu ahli komuniti Tsubasa tu ke?”
Asmina terkejut bila Elena menyebut nama Ayu,sedangkan dia baru sahaja berpindah ke sekolah ini.Asmina merenung Elena
“Macam mana kau tahu tentang kelab Tsubasa tu?”
Kali ini Elena pula tergelak melihat gelagat Asmina,lantas diterangkan satu persatu,pertemuan dengan Rizal,serta menyertai kelab Tsubasa.setelah diterangkan baru lah Asmina mengerti
“Aduhai kenapa kau tak cakap awal-awal yang kau pun ahli kelab Tsubasa juga,aku baru nak promote join kelab tu”
“Dah kau tak bagi langsung peluang aku cakap”Elena sengih
“Ye tak ye juga ea,eh kau sertai juga ke tamrin nanti?”
“Mesti la,dah tu perkara wajib pelajar form 3 kan,kau sertai ke tak?”
“ Hahahahaha,mana boleh tak ikut,kalau tak kena aku bersoal jawab kat bilik disiplin nanti,eh nanti kau duduk kat sebelah aku ea” Asmina senyum
Elena turut tersenyum barangkali terkesan dengan sikap Asmina yang sentiasa ceria itu,ternyata keduanya sangat cepat mesra dalam masa tak sampai setengah jam,kelihatan Syafiqa dan Faizah melambai ke arah Asmina
“Yo As awalnya kau sampai hari nie”Piqa lengkap beruniform polis menegur Asmina
“Aku memang selalu awal,kau je yang selalu tersangkut kat kedai Musa dengan kak Sue minum teh tarik kan”Asmina mengejek
“Aku memang hantu teh tarik,kau aje yang berlagak sikit tak nak minum pagi dengan kami”
“Bukan tak nak tapi reverse efect nanti,kau bukan tak tau aku nie”
Piqa tergelak menyebabkan Elena kehairanan,sambil dia menepuk bahu Asmina yang turut tergelak
“Reverse efect?” Elena bertanya,Piqa mengangguk
“Asmina nie tak boleh sentuh langsung teh tarik,nanti dia tidur nyenyak  dalam kelas,hey As kau langsung tak kenal kan budak nie kat kami pun”
“Kenalkan ini Elena,dia budak baru kat sekolah kita nie” Asmina memperkenalkan pada Piqa dan Faizah
“Aku Elena,salam perkenalan”
“Syafiqah,but u can call me Piqa”
“Faizah,just call Izah aje”
For your information dia nie yang paling pendiam dalam kalangan girls yang menyertai kelab Tsubasa kalau guys pulak Juhar.Nak dengar diaorang bercakap pun susah”Asmina menerangkan
“Setuju dengan As,diaorang nie couple yang pang senyap dalam sekolah nie” Elena  cuma tergelak mendengar  penerangan Piqa,Izah cuma tertunduk malu sahaja
“Korang nampak kak Sue tak?” Akhirnya dia bersuara
“Tadi aku nampak dia kat kedai Musa lagi,tapi tak tahu la sekarang ni”Piqa menjawab
“Haa mengumpat ea,pagi-pagi aje kalian dah mengumpat nie kenapa je?” Rizal mengejutkan keempat-empat gadis itu
“Bukan mengumpat deyh just bercerita aje,tak salahkan”Elena tersenyum dan senyumannya buat Rizal tambah berdebar,malah dia dapat rasakan kekuatan semangat yang begitu mendalam dalam dirinya.Asmina dapat merasakan sesuatu
“Hoi kau langsung tak berkelip mata tengok Elena ea”
Rizal tersentak”Hish kau nie,bukan macam tu la”
“Dah tu pergi la barisan kau,kang tak pasal-pasal kau dengan Elena kena panggil dengan Ustaz Nazri sapa nak jawab”Asmina sengih,Elena tersenyum
“Ok,tapi jangan lupa datang dewan seminar lepas perhimpunan nanti”Rizal terus berlalu meninggalkan mereka berempat,Piqa dan Izah tersenyum simpul pada Elena
“Yang korang nie kenapa senyum simpul nie ada pape ke?” Elena mengerutkan keningnya
“Haaa tu kak Sue dah sampai “Asmina mengubah topik perbualan dan Elena terus kehairanan
 Tamrin PMR berjalan dengan begitu lancar seperti tahun-tahun sebelumnya,kelihatan semua pelajar form 3 tekun mengikuti program yang diadakan selama seminggu itu.Bagi Elena pula ,dia sudah dapat membiasakan dirinya dengan sekolah baru disamping Asmina dan teman-temanya
“Macam mana,dah dapat biasakan diri ke dengan sekolah nie?” Sue mengejutkan Elena yang sedang membaca
“Sekolah ni berbeza dari sekolah lama saya dan ia ada banyak budaya yang tak pernah saya fikirkan selama ini,memang tepatlah ia menjadi salah satu dari 10 sekolah terbaik di daerah Muar nie” Elena bersuara dan Sue tersenyum
“Semua nie kerana hasil usaha guru-guru dan student sekolah nie yang sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.Hari sabtu nie kamu free tak?”
“Ada apa kak Sue?”
“Sabtu nie semua ahli komuniti kelab Tsubasa akan adakan mesyuarat kelab di kedai Harlina tempat lepak kami di luar sekolah” Sue terus duduk di sebelah Elena
“Tapi saya bukan ahli komuniti boleh ke?”
“Siapa kata tak boleh? Sebab dalam Tsubasa ,tak ada jurang antara ahli komuniti dan ahli biasa.Itulah yang kak Sue terapkan sejak awal penubuhan kelab nie lagi”
“Jadi kelab nie dah lama wujud la ea kak Sue?”
“Yup,sejak akak form  4 lagi”
“Lama juga kelab nie ea,dan its so diffrent” Elena tersenyum,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan Bainun yang berlari ke arah mereka
“Kak Sue,Nuar dengan Juhar tengah bertumbuk tu”Bainun termengah-mengah
“Hai lagi”Sue menaikan sebelah keningnya,lalu dia dan Elena terus berlari menuju ke tempat yang dimaksudkan
“Kau kalau tak nak tolong aku cakap je la ,jangan nak potong jalan aku”Satu tumbukan hinggap ke muka Juhar
“Siapa yang potong jalan siapa ha!?”Juhar pula menumbuk perut Nuar hingga pitam Nuar dibuatnya.Keduanya terus berbalas tumbukan
“Hey sudah tu,tak malu ke bergaduh macam nie.Depan orang ramai pula tu”Zuera cuba meleraikan namun tak berjaya
“Hoi hantu 2 ekor,tak sudah –sudah nak malukan diri sendiri ke?” Sue tiba dengan Elena  dibelakangnya.Juhar dan Nuar terhenti bila terdengar sergahan Sue
Thank god kau dah sampai,kalau tak pening aku nak leraikan budak nie”Zuera mengeluh
“Tapi aku rasa Ayu lagi terer  kot selesaikan hal nie,haa yang korang berdua tunggu kejap lagi kak Ayu sampai jawab la dengan dia” Sue bersuara tegas
“Haaa....”Keduanya terlopong