Wednesday, August 3, 2011

dedication 4 unnie


Di kejauhan
Aq melihat dirinya,
tersenyum ceria penuh erti
namun ku tahu
di balik senyuman
pada rahsia perit cuba diselindungi
aq merenung langit
cuba berbicara pada alam
aq cuma ingin melihat dirinya tidak disakiti

Tapi aq tahu,
takdir tak siapa mengerti
aq cuba berbicara dengan diriku
adakah aq menjadi seorang
yang cukup memahaminya
dan..
jawapanya tidak
aq x cukup memahami dirinya
walaupun aq sering bersamanya
tapi masih ada yang x bisa
ku ungkap dengan kata-kata
lukisan rahsia hatinya
x siapa mengerti
bukan aq,bukan kau malah bukan siapa-siapa pun

Kita x akan mampu menafsir
apa yang dia fikir
apa yang dia rasa
apa yang dia cari
persoalanya
hanya dia yang mengerti
hanya dia yang memahami
hanya dia yang tahu
apa yang dia mahukan

mungkin jua bukan waktunya
untuk aq terus menyelami
mungkin jua yang dia perlukan
adalah ruang waktu
untuk dirinya

Mungkin jua aq perlu
belajar sesuatu dari pertemuan ini
membaiki khilafku
membaiki diriki sendir
malah mencuba memberi ruang pada sahabatku
Aq sedar yang aq agak mendesak tapi itu lah aq

bagiku
aq sayang semua sahabat ku
tapi dia
sangat bererti buat diri ini

kita bertemu
kerana ketentuan-Nya
gerak hati ini
x kn pernah mendusta

No comments: