Wednesday, February 25, 2009

hari yang sungguh bengong

hari nie memang sungguh bengong,x tau nape rasa macam pelik jew,dengan badan yang rasa sakit semacam gila betul tapi sakit tu kan satu ujian betul x?

Wednesday, February 18, 2009

saat ini.....

bila dok sorang2 mula la ku terfikir betapa bestnya hidup di perantauan, mungkin ada yang bakal marah kt aku tapi kenyataanya ku sebenarnya terasa sangat bahagia pabila melangkah keluar dari kampung halaman,di sini ku belajar berdiri di atas kaki ku sendiri

namun ku juga tetap teringatkan family,teman2 juga my cat Tony hehehe

Tuesday, February 10, 2009

Cardcaptor's 9th Annivasary


Okey diam x diam dah 9 tahun aku menjadi peminat cardcaptor sakura,well ntah la aku sendiri pun x pasti tau nape mula mula aku minat story tu,tapi yang pasti story tu berikan aku kekuatan untuk jadi diri aku.Okey aku tau apa yang aku cakap nie mungkin agak pelik pada orang,tetapi aku yakin Allah memberikan aku semangat melalui Cardcaptor Sakura sebagai perantaranya

Pada aku segala yang berlaku sepanjang aku menjadi peminat siri ini buat aku sedar bahawa aku perlu sentiasa mantapkan diri demi sebuah cita-cita yang aku impikan selama ini,kalaulah aku dapat buka kedai komputer di suatu masa aku akan menamakanya sebagai Kinomoto It Center,insyallah

Harap doaku akan termakbul jua

Sunday, February 8, 2009

bercuti di terengganu

Percutian di terengganu memang best,terutamanya bila dapat merasai keropok losong yang terkenal tu,memang sedap sangat,selalunya kalau orang beli 2 bungkus aje tapi family kak long aku beli sampai 4 bungkus haha x sempat sampai destinasi seterusnya dah pun habis


selain itu kami juga melawat pulau wan man, di mana terletaknya taman warisan islam yang menempatkan monumen teragung dunia islam,contohnya macam taj mahal,masjidil haram dan beberapa buah masjid yang terkenal di seluruh dunia,kunjungan ke terengganu x lengkap kalau x berkunjung ke masjid kristal,memang sungguh cantik sekali masjid tersebut,batu bersurat juga begitu gah sekali.

Harap ku dapat berkunjung lagi ke sana nanti

Wednesday, January 28, 2009

kenangan zaman sekolah

kenapa ya bila saat ini aku terasa kerinduan yang teramat dalam pada smk.pekan baru muar,ya saat ini kenangan di sekolah itu bertalu talu mengasak ruang fikiran ku yang maha kecil ini,mungkin kerna kepulanganku ke sana memnerbit rasa keharuan paling dalam masa ini

saat ini ku terkenang puan hajah mohayah yang telah banyak berjasa padaku,kerna dia aku dapat menyambung pelajaran ke tingkatan 6 ,aku x pernah lupakan jasa setiap guru yang pernah mengajarku,baik cikgu yati,cikgu huda,mahupun cikgu zaiton semua ada karisma yang tersendiri semasa mengajar

tapi yang paling dingati adalah cikgu zaiton yang memujuk aku menjadi pustakawan,di sini ku kenal semua geng tsubasa club yang sempoi dan ceria

rasa macam nak jadi jer budak sekolah balik

Sunday, January 11, 2009

hye hoi

Lama betul,aku tak menulis di blog ini,kini dah seminggu aku di kuantan ,well life as usual great and cool,but nobody knows what happen in future

Friday, January 2, 2009

Destinasi: Kuantan

Sem januari menyaksikn haluan hidupku berubah lagi,yup aku akan bertukar ke pahang,ku tinggalkan Khai dan teman2 untuk ke Kuantan,terlalu sedih rasanya untuk tinggalkan semua kenangan di sini

tapi hidup ni perlu diteruskan dan semuanya perlu dikorbankan untuk kejayaan